Musim 2007 Spyker_F1

Christian Albers di Grand Prix Amerika Syarikat.

Bos pasukan sebelumnya, Midland, Colin Kolles, kekal sebagai ketua pasukan bagi musim 2007. Michiel Mol menjadi Pengarah perlumbaan F1 yang baru dan seorang ahli lembaga Spyker, dan Mike Gascoyne menjadi Ketua Pegawai Teknologi dari akhir musim 2006.[1]

Pasukan menggunakan enjin Ferrari pada tahun 2007, dengan menggantikan unit Toyota, yang digunakan oleh pasukan Williams pada musim tersebut.

Bagi pemandu kedua pasukan, Spyker menandatangani salah satu daripada pemandu ketiga mereka dari musim 2006, Adrian Sutil, untuk menjadi pemandu kedua mereka pada tahun 2007.[2]